Saturday, July 28, 2012

Majlis Berbuka Puasa PAS Cawangan Padang Assam,Bayan Lepas,Penang.











Ahad: 2 Ramadhan 1433H.Majlis Berbuka Puasa PAS Cawangan Padang Assam,Bayan Lepas,Penang telah diadakan di UPU Nur Ma'ruf Jalan Mahkamah Bayan Lepas.Majlis dimulakan dengan tazkirah Ramadhan oleh Ketua Cawangan Tuan Haji Abdul Rahman dan bacaan tahlil oleh Tuan Haji Omar.Turut serta bersama ialah Ustaz Zainal ( Ketua Dewan Ulamak PAS Kawasan Balik Pulau ).Sokongan daripada anak muda islam Bayan Lepas memeriahkan lagi majlis tersebut.Terima Kasih kepada semua yang hadir.

Friday, July 27, 2012

Ustaz Salleh Man dilantik sebagai YDP MAIPP


Yang di-Pertuan Agong telah melantik Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Salleh Man sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang baru.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman mengumumkan perkara itu di kompleks kerajaan negeri di Komtar.

"Datuk Salleh (kiri), yang juga ADUN Permatang Pasir, akan
memulakan tugasnya mulai hari ini sehingga 31 Disember 2013," kata Mansor, yang juga ADUN Penanti.

Pengumuman pelantikan Salleh itu menamatkan spekulasi mengenai jawatan itu, yang sepatutnya diberikan kepada PAS sebagai sebahagian daripada ikrar pilihan raya Pakatan Rakyat pada 2008.