Friday, July 27, 2012

Ustaz Salleh Man dilantik sebagai YDP MAIPP


Yang di-Pertuan Agong telah melantik Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Salleh Man sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang baru.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman mengumumkan perkara itu di kompleks kerajaan negeri di Komtar.

"Datuk Salleh (kiri), yang juga ADUN Permatang Pasir, akan
memulakan tugasnya mulai hari ini sehingga 31 Disember 2013," kata Mansor, yang juga ADUN Penanti.

Pengumuman pelantikan Salleh itu menamatkan spekulasi mengenai jawatan itu, yang sepatutnya diberikan kepada PAS sebagai sebahagian daripada ikrar pilihan raya Pakatan Rakyat pada 2008.

No comments:

Post a Comment