Tuesday, July 9, 2013

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama & Pemilihan Jawatankuasa Sesi 2013-2015

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung kali pertama telah selesai diadakan pada 7 Julai 2013 Bersamaan 28 Syaaban 1434H pada jam 2.30 Petang bertempat di Markas PAS Cawangan Padang Assam.
Mesyuarat yang telah dirasmikan oleh YDP PAS Kawasan Balik Pulau Ustaz Fauzi dengan suntikan ucapan semangat beliau menjurus kepada agenda Organisasi dan perjuangan terdahulu parti,beliau mengingatkan peranan yang perlu dimainkan oleh setiap ahli kearah memartabatkan syiar islam dan politik islam dengan mengukuhkan hubungan silaturrahim sesama ahli.
Mesyuarat diperngerusikan oleh Pengerusi Tetap Ustaz Zainal selaku Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan Balik Pulau.Turut hadir pada mesyuarat ini ialah En Jamluddin selaku Naib YDP PAS Kawasan Balik Pulau.
Saf Kepimpinan yang terdiri daripada golongan pemuda dan pertengahan akan menjadi pemangkin utama kepada PAS Cawangan ini untuk bergerak lebih Proaktif demi untuk membawa agenda Konsep'Negara Berkebajikan'kepada masyarakat setempat untuk melihat Misi PAS menawan DUN N38 Bayan Lepas berjaya,Insyaallah.

Senarai penuh Saf Kepimpinan PAS Cawangan Padang Assam Sesi 2013-2012 terdapat di Label Carta Organisasi.

No comments:

Post a Comment